Tuesday, 6 June 2017

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

Posted by with No comments
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.
5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '
16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.
17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.
23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Md Syaqir Razak
7 Comments

Cerita Hantu Di LPT2 Dan RNR Ajil

Posted by with No comments



Sejak lebuh raya LPT2 di buka kepada orang ramai, sudah banyak kita dengar mengenai kes kemalangan maut yang berlaku. Setiap kemalangan pasti meragut nyawa itu yang menjadikan kisah di LPT2 ni menyedihkan. Tapi adakah kita ketahui apa yang sebenarnya berlaku di LPT2? Siapa yang tahu kisah sebenarnya di lebuh raya ini? Aku dengar² ada cerita hantu di LPT2 dan RNR Ajil ni. Betul ke?
Di sini aku ingin kongsikan sedikit info kisah seram kisah mistik yang berlaku di LPT2. Seorang pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan hantu ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.
Kawannya juga berkongsikan cerita hantu di LPT2 ni dan insiden seram itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Ajil di awal lebuh raya LPT2 berkenaan dibuka kepada orang ramai.
cerita hantu di lpt2"Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan yang membuatkan seluruh bulu roma badan saya menegak."
"Kejadian menakutkan ini berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau," katanya.
Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi siulan hantu itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya. Apabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa. Ini menguatkan lagi teori beliau yang memang adanya unsur² gangguan hantu di sekitar kawasan LPT2 dan RNR Ajil.
Ahmad Aziz turut membuka satu lagi cerita hantu di LPT2 iaitu ketika dia bersama rakannya berhenti di RNR Ajil. Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.
"Ketika di RNR Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing."
"Apabila rakannya tiba di rumah di Jerangau Barat, beliau keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya. Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan beliau si isteri sebenarnya masih berada di RNR Ajil."
"Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri kawannya itu sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya," katanya.
Ahmad Aziz berkata, banyak yang memperkatakan tentang cerita hantu di LP2 dan RNR Ajil ni termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar di atas jejambat. Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.
"Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tidak berlakunya kemalangan yang meragut nyawa," katanya sebagai penutup perbualan.

Kisah Lembaga Hitam Di Jalan Sempadan Ajil – Bukit Besi

Seorang penarik kereta atau "Call Man", Shamsudian Salleh, 43 berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.
Kisah seram yang sering diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri. Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.
"Antara cerita hantu yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi. "Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang sering berlaku kemalangan.
"Ada juga rakan saya yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas. "Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir," katanya.

Kubur Lama Dipindahkan Kaitan Cerita Hantu Di LPT2

Biarpun laporan pihak berkuasa menyatakan punca utama berlakunya kemalangan di LPT2 disebabkan kecuaian pengguna, namun cerita hantu di LPT2 tetap menjadi perbualan hangat pengguna serta penduduk di sekitar kawasan itu.
Malah, ada yang mempercayai unsur-unsur mistik  turut menjadi penyebab pusara di lebuh raya memandangkan satu demi satu kemalangan maut terus berlaku apatah lagi tragedi berdarah itu terjadi di lokasi kilometer yang hampir sama.
Tragedi meragut lima nyawa termasuk empat daripadanya rentung di Kilometer (KM) 386 pada 24 Mei lalu begitu meninggalkan kesan di hati, selain insiden maut melibatkan seorang peronda LPT, Razali Ishak, 44, pada 27 Jun 2014 di KM 415.1.
Kedua-dua kes tersebut turut menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengaitkan kejadian kemalangan maut melibatkan peronda LPT2 mempunyai kaitan dengan usur mistik ekoran adanya "seseorang" dalam sekeping gambar diambil oleh orang awam di lokasi kejadian.
Bagi warga emas dari Kampung Peroh, Che Nik Che Wil,71, cerita yang mana ada sesuatu yang melintas sehingga dikatakan punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.
"Pakcik tidak pernah mengalaminya tetapi sering mendengar cerita yang sama beberapa kali iaitu ada benda melintas lalu menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga adanya kubur lama tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.
"Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pakcik dengar cerita ada beberapa orang  pekerja yang meninggal dunia kerana ada tragedi maut termasuk lah kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.
"Daripada cerita yang pakcik dengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas," ujarnya.
Begitulah diantara cerita hantu di LPT2 dan sekitar hentian RNR AJil yang telah di kongsikan oleh beberapa orang penduduk setempat. Selain daripada unsur mistik, menurut pengguna LPT2 faktor keadaan jalan yang beralun juga menjadi sumber kepada berlakunya kemalangan di LPT2 itu. Apa sebenarnya yang berlaku? Hanya mereka yang telah terlibat di dalam kemalangan itu sahaja yang tahu. AL-Fatihah kepada semua mangsa di LPT2 yang telah terkorban.

Sumber : sharafie.net

Langsuir Bergayut Pada Papan Tanda Elektronik LPT 2

Posted by with No comments


PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak menolak kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus di laluan itu.

Umum mengetahui LPT2 dicop sebagai ‘lebuh raya berhantu’ rentetan kes kemalangan maut yang berterusan berlaku di laluan sepanjang 184 kilometer itu sejak dibuka sehingga sekarang.

Jolokan itu diberi orang ramai kerana bagi segelintir mereka kemalangan meragut nyawa yang berlaku itu bukan semata-mata berpunca daripada faktor yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja sebaliknya ia turut berkait dengan gangguan makhluk ghaib.

Perihal LPT2 yang kononnya ‘keras’ dan punya ‘penunggu’ juga turut rancak diperkatakan di media sosial terutama di Facebook, malah ada netizen yang tampil menceritakan kisah seram yang pernah dialami untuk peringatan pengguna LPT2 yang biasa menggunakan laluan itu dan perkongsian kisah seram itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagi mengetahui sejauh mana dakwaan berkenaan, Sinar Harian mengupas isu tersebut dan berjumpa dengan mangsa kemalangan dan pengguna LPT2 yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Rata-rata mereka tidak menolak kemungkinan kemalangan turut dipengaruhi faktor gangguan makhluk halus berdasarkan pengalaman seram yang pernah dilalui.

Nampak langsuir bergayut pada papan tanda elektronik


Isteri peneroka Felda Neram 2 Kemaman, Senani Omar, 53, berkata, kereta yang dinaikinya sekeluarga nyaris terbabas selepas anak lelakinya yang memandu terkejut melihat lembaga perempuan berbaju putih labuh dan berambut panjang sedang bergayut pada papan tanda elektronik  atau VMS.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam berdekatan kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing LPT2 pada awal September lalu semasa mereka empat beranak dalam perjalanan balik dari Kuantan ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru.

“Waktu itu makcik duduk di tempat duduk penumpang depan. Tapi semasa tiba di kawasan Plaza Tol Jabor, makcik bersama menantu dan seorang lagi anak yang duduk di belakang tertidur.

“Hanya beberapa ratus meter untuk sampai di depan R&R Perasing, anak makcik, Wan Shahdillah Wan Abdullah, 28, yang memandu itu tiba-tiba nampak langsuir sedang tergantung pada VMS hingga dia terperanjat dan kereta Proton Wira kami hampir terbabas ke kanan jalan. Ketika itu, VMS itu gelap dan tak ada tulisan cerah seperti biasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan panik berkenaan mereka bernasib baik kerana laluan itu lengang dan anaknya yang bekerja sebagai pemandu lori sawit sempat mengawal stereng dan berhenti seketika di lorong kecemasan.

“Nasib baiklah hanya selang beberapa saat lepas nampak langsuir itu ada bas ekspres yang lalu jadi anak makcik terus memandu dengan mengekori belakang bas hingga tiba ke susur keluar Plaza Tol Cheneh,” katanya.

Namun, ibu sembilan anak itu berkata, anak keempatnya itu tidak menceritakan kejadian itu kepadanya sebaik dia tersedar dari tidur apabila sudah tiba di rumah kira-kira jam 11.30 malam.

“Dia cuma cerita pagi esoknya dan hari itu juga dia ambil cuti kecemasan," katanya.

Terlihat wanita berjubah putih

Kelibat wanita berjubah putih labuh dengan rambut panjang mengurai turut dilihat seorang pekerja kilang sawit, Mohd Muradzi Mohd Nawi, 20, kira-kira tiga jam selepas berlaku kemalangan yang meragut nyawa dua beranak yang juga jiran hadapan rumahnya.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.40 malam pada 17 Oktober lalu di Kilometer 273.9 susur keluar ke Plaza Tol Cheneh itu, seorang peneroka Felda Neram 2, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazwani, 21, terbunuh sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

Mohd Muradzi berkata, sejurus mendapat khabar mengenai kemalangan yang menimpa jirannya itu, dia bersama abangnya, Mohd Mutalib, 33, segera bergegas ke Hospital Kemaman di Chukai untuk menziarahi.

“Kami balik ke rumah ikut LPT2, namun di separuh jalan saya nampak satu lembaga wanita yang pakai baju putih labuh dan rambut panjang duduk di atas pengadang jalan di jejambat Lubuk Batu, iaitu lebih kurang lapan kilometer sebelum tempat arwah Pok Hasan kemalangan.

“Tapi muka lembaga itu saya tak nampak sebab gelap. Menggeletar badan saya masa itu dan waktu kami lalu di bawahnya ayat-ayat suci al- Quran tak putus-putus saya baca dalam hati. Waktu itu saya sempat toleh ke arah jam dan jarum tunjukkan pukul 3 pagi,” katanya.

Setelah tiba di rumah, Mohd Muradzi yang bekerja di Bukit Bandi, Cerul pelik kerana abangnya yang memandu kenderaan mengakui tidak nampak apa-apa sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah.

“Sebelum ini saya cuma dengar cerita orang saja pasal macam-macam kisah mistik sepanjang LPT2 ini. Tapi lepas lihat sendiri, tak tahu nak cerita macam mana perasaan waktu itu,” katanya.

Menurutnya, dari pelbagai versi cerita yang pernah didengarnya terdapat satu kisah yang paling diingatnya iaitu kisah rakannya sendiri yang bekerja sebagai pemandu lori dan pernah terserempak dengan seorang warga emas lelaki berkopiah yang berjalan kaki dan menahan lori yang dipandu pada jam 2 pagi di hadapan R&R Perasing.

Sebaik sahaja ditahan, rakan Mohd Muradzi memberhentikan kenderaan dan bertanya mengenai arah tuju pakcik lewat usia itu.

“Pakcik itu jawab ‘mahu ke depan tu sikit’. Tapi dia bukan mahu tumpang kawan saya sebaliknya dia pesan pada kawan saya supaya hati-hati. Dia bagitahu jalan di Perasing itu tak elok sebab ada kisah-kisah lama. Katanya di kawasan itu adanya kubur-kubur lama.

“Saya juga pernah dengar yang kawasan Lembah Perasing di kawasan ini adalah perkuburan besar komunis puluhan tahun lalu dan dalam banyak-banyak lokasi di sepanjang LPT2 ini difahamkan kawasan Perasinglah paling ‘keras’,” katanya.

Mangsa terselamat trauma

Sementara itu, mangsa kemalangan yang terselamat, Salimah Ghalam, 51, yang juga ibu kepada tiga anak mengakui terkejut apabila mendengar kisah jirannya melihat lembaga wanita berambut panjang selepas tiga jam mereka empat beranak kemalangan.

“Muradzi ceritakan kepada saya apa yang dia nampak itu lepas seminggu kami kemalangan. Dia cerita pada saya dekat waktu senja semasa saya sedang termenung di depan rumah.

“Saya pun tidak tahu apa yang arwah suami nampak waktu kami kemalangan. Saya yang duduk sebelah suami tak tidur pun waktu kami kemalangan dan seingat saya secara tiba-tiba kereta terbabas langgar pembahagi jalan sebelum saya pengsan sekejap,” katanya.

Ketika kejadian, Salimah bersama arwah suami dan arwah anak sulungnya serta anak bongsu, Hanis Shazhizatul, 14, dalam perjalanan balik dari Kampung Ibok, Kijal kerana menziarahi adiknya yang tercedera akibat terkena letupan belon gas.

Hanya anak keduanya, Hanis Shazhirah, 19, yang tidak terlibat dalam nahas itu kerana anak perempuannya itu tidak tinggal di rumah disebabkan belajar di Kolej Islam Pahang (Kipsas).

“Saya tak pernah lalu LPT2 sebelum ini tapi mungkin arwah suami dah banyak kali lalu. Sampai sekarang saya masih trauma dan tak mahu lagi lalu jalan itu. Sebagai mangsa, saya tak tolak kemungkinan faktor mistik turut jadi penyebab kemalangan kerana dalam al-Quran sendiri pun sudah dinyatakan ada makhluk lain dicipta selain manusia,” katanya.

Rasa mengantuk ketika lalui tempat ‘keras’

Pemilik pusat rawatan alternatif, Laila Husin, 56, mengakui banyak kali dia hampir terbabas setiap kali melalui ‘lokasi keras’ di LPT2 sekitar Kemaman berikutan rasa mengantuk yang teramat sangat ketika melalui laluan itu.

“Apa yang saya perasan, ada tiga tempat yang tiba-tiba kepala saya rasa hanyut dan datang rasa mengantuk yang teramat sangat setiap kali melalui LPT2,” katanya.

Menurutnya, lokasi itu ialah sekitar R&R Perasing yang menjadi lokasi enam beranak maut dalam kejadian 14 Oktober lalu, di Cheneh (lokasi kemalangan melibatkan bekas Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam) dan sebelum
Plaza Tol Kijal.

Katanya, rasa hanyut dan mengantuk itu dirasainya pada ketika melalui lebuh raya itu pada waktu siang dan bukan pada waktu malam.

“Yang saya pelik, saya bukannya tak cukup tidur pun. Setiap kali lalui ikut LPT2 mesti saya mengantuk ketika lalu tiga lokasi itu. Kaki saya yang tekan pedal minyak seolah-olah tak rasa apa-apa. Kadang-kadang saya terlelap beberapa saat, sebab itu saya hampir hilang kawalan banyak kali. ‎

“Dalam keadaan begini apa yang penting kita kena basahkan mulut dengan bacaan ayat suci al-Quran dan zikir, malah sebelum mulakan perjalanan juga perlu amalkan baca doa agar sentiasa dilindungi. Dari pengalaman yang saya lalui ini saya percaya adanya gangguan makhluk ghaib tapi ajal maut semuanya di tangan ALLAH SWT,” katanya.

HANTU BUKIT BAUK

Posted by with No comments
Kisah ini berlaku semasa pulang ke Terengganu bercuti semester. Zaman itu, masih belum ada Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Jalab lama menjadi lebuhraya setia untuk orang Terengganu balik ke kampung.

Aku dan Pjoe sepakat nak balik sekali, lagipun Pjoe t
aka da teman nak drive sorang-sorang. Aku bercadang awalnya nak balik siang, tapi Pijoe suka drive malam.

Pjoe tanya aku,"Mat, nak lalu Jabor ke Cherating?" " Aku pilih Cherating, kereta banyak, apa-apa hal senang mintak tolong," kata aku. Muka Pjoe menampakkan ekspresi macam mahu lalu Jabor.

Aku tahu lalu Jabor cepat sampai. Tapi itu jalan kelapa sawit di kiri kanan. Tak ada kereta yang lalu.

Masa memasuki Karak, aku dah mula berborak rancak dengan Pjoe, aku tak mahu dia mengantuk dengan fikiran puaka di Karak. Kami pasang lagu kuat-kuat.

Sedang kami berborak, aku sempat tengok kiri dan kanan cermin takut-takut ada benda menumpang. Jam dah 11.30 malam. Sunyi bukan kepalang jalan lama tu.

Sebenarnya masa tahun sebelum itu aku dah pernah kena sekali di kawasan sini. Tapi aku tak pernah cerita ke Pjoe walaupun dia ni hati kering.

Alhamdullillah sepanjang jalan kat Karak tu kami tak menghadapi benda-benda bangang yang boleh buat kami berak dalam seluar.

Cuma sesekali rasa macam seriau. Kami berhenti di Temerloh dekat jambatan Sungai Pahang untuk segarkan mata dan basuh muka.

Kami teruskan perjalanan. Cuma kali ni aku tertidur. Aku terjaga masa nak masuk mukim Dungun. Itu pun Pjoe kejutkan sebab dia sangap. Aku cucuh rokok bukak tingkap, masa inilah Pjoe menjerit.

"TUTUP TINGKAP MATTTT!!!!! ALLAHUAKBARRR ALLAHUAKBAR!!!" Aku punya terkejut, tak sempat nak buat apa-apa.

Aku pandang sebelah, tingkap aku tutup. Tapi, apa yang aku nampak? Ya, selaju kereta kancil Pjoe tu, benda tu tengah ikut tepi tingkap sebelah aku.

Aku pejamkan mata. Dalam mata pejam aku pesan pada Pjoe jangan ikutkan hati, kawal diri. "Kita boleh terbunuh ni Pjoe kalau kita ikutkan takut",Pjoe diam.

Sebelah tingkap aku cuma bunyi suara "dia" , "kheeehhhhhhhh...kheeeehhhhhhhh...". Sumpah, aku tak pandang langsung ke kiri.

Cuma masa dalam keadaan kelam kabut tu aku tahu benda tu perempuan dan berwarna lebam. Aku tak tahu macam mana nak ceritakan rupa bentuk dia.

AKu nampak Pjoe masih bernafas dengan kuat. Aku tahu dia ketakutkan tapi aku puji keberanian dia kawal keadaan. Kalau tak, ke gaunglah kami.

Sepanjang perjalanan dari tempat kejadian tu atau nama tempat tu Bukit Bauk, kami diam bungkam, tak cakap apa-apa. Pjoe aku nampak dalam kebingungan.

Ketika masuk bandar Dungun, barulah kami cari kedai, berhenti minum dan bercerita pasal tadi. Pjoe cakap dia rasa lain macam dah awalnya. Kata Pjoe, dari Karak lagi dia dah rasa.

Cuma benda tu tak betul-betul tunjukkan diri macam masa sampai di Bukit Bauk. Bukit Bauk ini keras. Aku tanya Pjoe "masa kau jerit, apa yang kau pikir?" Pjoe diam lama, dia pandang aku, dia tunduk.

Pjoe pandang aku, "Mat, masa kau bukak tingkap "benda" tu dah meluru ke arah kau, tangan dia dah ke arah kau, tu pasal aku jerit.." Aku sapu muka berkali-kali.

Kes ini sebijik macam mak angkat aku kena di Nyalas, Melaka. Benda tu sempat sapa muka mak angkat aku. Mengucap panjang waktu tu. Aku dengan Pjoe rehat sampai subuh.

Lepas subuh, kami sambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Bukit Bauk, kau dah banyak makan orang.

MISTERI BUKIT BAUK (THE UNSEEN COMMUNITY)

Posted by with No comments

MISTERI BUKIT BAUK (THE UNSEEN COMMUNITY)

Sebuah keluarga datang dari Johor untuk menziarahi sahabat lama yang sudah bertukar ke kampung halamannya di Dungun. Perjalanan mengambil masa antara lima hingga tujuh jam, bergantung kepada keadaan perjalanan dan kekerapan berhenti rehat. Kira-kira pukul 12 tengah malam, keluarga berkenaan sudah menghampiri destinasi yang ditujui, iaitu kira-kira lima kilometer lagi.

Ketika itu mereka melewati Rimba Bukit Bauk yang telah mula dimajukan sebagai kawasan rekreasi. Tiba-tiba kelihatan kawasan terang-benderang di tepi jalan. Apabila dihampiri, rupa-rupanya terdapat sebuah restoran besar dan cantik dengan begitu ramai pelanggan sedang menjamu selera.

Perut pun sudah berkeroncong. Tuan rumah tidak elok disusahkan dengan penyediaan makanan pada waktu larut malam begitu. Akhirnya, mereka sepakat untuk menikmati hidangan di restoran di hadapan mata.

Setelah meletakkan kereta, mereka menuju ke sebuah meja yang baru sahaja dikosongkan. Seperti biasa makanan dipesan dan tanpa menunggu lama siap pula dihidangkan. Mereka makan dengan begitu berselera sekali.

Siapa sangka di tengah-tengah kawasan rimba dan di tengah-tengah malam yang hening itu terdapat sebuah restoran yang menyajikan hidangan yang demikian enak. Pelanggan lain tidak banyak berbual. Masing-masing menikmati makanan sepenuh hati dan tertib.

Melihat suasana itu, keluarga dari selatan semenanjung itu juga hanya memberi tumpuan terhadap makanan. Tiada perbualan atau usik-mengusik seperti lazimnya. Maklumlah untuk menghormati pelanggan yang lain. Kalau pun bertentang mata dan berpandang-pandangan secara tidak sengaja, hanya senyuman yang dilemparkan.

Hidangan enam orang  anak-beranak itu hanya dicaj RM30. Sungguh berbaloi dengan keenakan makanan dan variasi hidangan yang disediakan. Pendek kata, mereka sudah boleh tidur lena sebaik tiba di rumah sahabat lama ketua keluarga berkenaan sebentar lagi.

Tuan rumah dihubungi dengan makluman bahawa mereka sudah siap makan minum. Perkara yang diperlukan ialah ruang untuk melayan mata yang kian memberat. Tuan rumah mengiyakan sahaja kehendak tetamu.

Cerita tetamu dari Johor tentang restoran membuatkan tuan ruma berasa kaget. Sebagai orang tempatan, tidak pernah pula dia mengetahui tentang kewujudan mana-mana restoran di sepanjang jalan Bukit Bauk. Kalau ada pun hanya sebuah wakaf (tempat menunggu bas) dan sebuah surau yang sederhana.

Memandangkan tetamu beriya-iya mempertahankan kebenaran ceritanya, tuan rumah mendiamkan diri. Namun, perasaan curiga menyebabkan dia sukar melelapkan mata walaupun sepicing. Dia mahukan kepastian.

Usai sarapan pagi keesokan harinya, tuan rumah mengajak tetamunya ke lokasi restoran yang dinyatakan. Tiba di tempat yang dimaksudkan, giliran tetamu pula terdiam. Ke mana pula lenyapnya restoran tempat dia sekeluarga menikmati hidangan lazat tengah malam semalam?
Dia hanya mampu mengangkat bahu dan berpandangan dengan sahabatnya. Maka, dicadangkan supaya duit RM30 dicari semula. Dalam tempoh beberapa minit, sahaja duit yang tidak berusik itu ditemui di kawasan surau.

Si tetamu tergamam dan kelu. Siapa tuan punya restoran dan pelanggan yang dilihatnya tengah malam semalam? Apa pula makanan dan minuman yang sebenarnya dihidangkan?...

(seperti yang diceritakan oleh sahabat kepada tuan rumah)

Dubur Terkoyak Tertusuk Batang Penyapu Ketika Bergurau

Posted by with No comments
Kuala Terengganu: Gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok pengajian agama di Kuala Ibai di sini, terpaksa memakai pek membuang najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut. 
Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.

“Dalam keadaan menahan sakit, saya memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan cuba mencabut.

“Saya terpaksa berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu.

Pemuda Maut Tertelan Gigi Palsu Ketika Tidur

Posted by with No comments
GEORGETOWN - Seorang kontraktor yang memakai gigi palsu ketika tidur dilaporkan maut selepas tertelan giginya itu di rumahnya di Farlim, Air Itam di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Choo Hock Meng, 44, dipercayai tidur berdengkur sebelum terbatuk sehingga menyebabkan dia tertelan giginya dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat giginya tersangkut di tekak.

Menurut sumber polis, kejadian itu disedari isterinya Wu Huiling, 42, yang mendapati suaminya mengalami kesukaran bernafas dan wajahnya bertukar menjadi kebiruan.

Sebelum kejadian, mangsa bersama isterinya sedang menonton TV sebelum mangsa masuk tidur terlebih dahulu.

Isterinya masuk ke bilik tidur tidak lama kemudian apabila mendengar suara suaminya seperti sedang menghadapi masalah.

"Isteri mangsa kemudiannya mendapati suaminya tertelan gigi palsu, lantas dia menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Suaminya didapati tidak bernyawa oleh anggota ambulans yang tiba di rumah mereka," kata sumber itu.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan maut akibat tertelan gigi palsunya.

"Bedah siasat mendapati gigi palsu mangsa di bahagian rahang atas yang mempunyai tiga kuntum gigi tersangkut di tekak mangsa menyebabkannya mengalami kesukaran untuk bernafas," katanya.

Mangsa dikatakan memakai gigi palsu sejak 20 tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- Bernama

Kemaluan Melekat Akibat Bersetubuh Dengan Isteri Orang

Posted by with No comments
Kenya : Nairobi City.Balasan Tuhan!!!Hanya itu satu perkataan yang dapat dikatakan.Sebuah video yang telah dimuat naik pada laman youtube.com sudah menjadi viral dan ditonton oleh jutaan orang.Satu kejadian memalukan serta menjijikan telah berlaku pada pasangan yang sedang melakukan hubungan seks,Perkara yang diluar akal ini telah berlaku apabila kemaluan lelaki itu melekat di dalam kemaluan pasangannya.Kejadian ini terjadi di sebuah rumah tumpangan murah .

Menurut penduduk setempat,wanita itu adalah isteri orang yang telah curang ,hal ini memang sudah lama di ketahui suami kepada wanita tersebut,tetapi kekurangan bukti.Pada suatu hari lelaki ini telah menjumpai seorang bomoh untuk menyihir isteri serta lelaki tersebut supaya alat sulit melekat sesama sendiri jika melakukan seks lagi.Keesokan hari nya satu kampung tiba tiba heboh kerana terdengar seorang lelaki meminta tolong dari sebuah rumah tumpangan.

Seorang penduduk kampung telah memecah masuk dan terkejut apabila melihat seo
rang lelaki yang sedang berusaha mencabut kemaluannya berada di atas katil dengan posisi wanita yang berada dibawah.Penduduk kampung itu pun keluar memanggil orang ramai untuk menyaksikan sendiri kejadian yang memalukan itu.

Laporan polis dibuat dan pihak polis hanya datang ke tempat kejadian selepas empat jam.hampir 2 jam pihak polis berusaha untuk memisahkan pasangan tersebut,akhirnya anggota polis gagal dan mengalah .Pihak polis telah membuat keputusan untuk memanggil seorang paderi bagi merungkaikan sihir tersebut.

Paderi dijemput masuk kedalam rumah tumpangan itu,dan diluar rumah itu terdapat ratusan penduduk kampung yang datang untuk melihat sendiri kejadian ini.Setelah menjampi mantera dan paderi itu berjaya memisahkan pasangan tersebut.

Setelah kejadian itu,suami kepada pelaku curang telah meminta ganti rugi sebanyak SH20,000 sebagai balasan ,lelaki itu bersetuju,di penghujung video itu juga kelihatan lelaki itu sedang mengeluarkan duit di mesin ATM.



Sunday, 4 June 2017

Mat Rempit Tertelan Gigi Palsu Teman Wanita Ketika Asyik Bercumbuan

Posted by with No comments
GEMAS: Kisahnya lucu, tetapi membawa pengajaran. Seorang Mat Rempit tertelan dua gigi palsu teman wanitanya ketika asyik bercumbu di sebuah pondok di ladang sawit di Felda Gugusan Palong, dekat Bahau, di sini.

Pasangan terbabit sebelum itu menghidu gam bersama sekumpulan Mat Rempit selepas berlegar-legar dengan menunggang motosikal bersama kekasih masing-masing di kawasan berhampiran kira-kira jam 10.45 malam, Rabu lalu.

Menurut sumber, dalam keadaan ‘lalok’, kumpulan Mat Rempit itu mula bercumbuan hingga seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.

“Menyedari gigi palsunya tercabut, teman wanita Mat Rempit terbabit yang berusia 17 tahun panik lalu mencari-cari di sekeliling, tetapi gagal menemuinya.

“Ketika itu, Mat Rempit terbabit yang dalam keadaan khayal selepas menghidu gam memberitahu, dia tertelan gigi palsu itu,” katanya.



Katanya, pasangan itu bersama kumpulannya itu kemudian balik ke rumah masing-masing kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun, kira-kira jam 8.30 pagi, Mat Rempit itu merasa perutnya tidak selesa.

Bimbangkan keadaan kesihatannya, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan di sebuah klinik di Bahau bagi mengeluarkan gigi palsu itu.

“Doktor yang memeriksanya memberitahu gigi palsu itu tidak dapat dikeluarkan lalu mengarahkan remaja itu pergi ke hospital untuk membuat imbasan X-ray,” katanya.

Sumber itu berkata, Mat Rempit berkenaan yang bimbang rahsianya diketahui umum pergi ke sebuah hospital swasta di Melaka untuk menjalani pemeriksaan X-ray kira-kira jam 11 pagi.

“Doktor yang merawat Mat Rempit itu mendapati gigi palsu terbabit masih berada dalam perutnya dan memberi sejenis ubat cecair bagi mengeluarkannya ketika membuang air besar.

“Kira-kira lima jam kemudian, dua gigi itu dapat dikeluarkan,” katanya.

Jumaat lalu, remaja terbabit dibenarkan pulang ke rumah sebelum menyerahkan dua gigi itu kepada teman wanitanya.


Gigi itu bagaimanapun dicampak gadis berkenaan kerana berasa geli.